Wednesday, 27 April 2011

.:KISAH BUDAK PUTUS CINTA:.

Kisah Budak Putus Cinta

Suatu petang di warung bihun sup utara. Area Pantai Dalam Bandar LUMUT. Bersebelahan dengan Seri Manjung. Walaupun tiada pantai disitu. Tiada juga Syeikh Muzaffar menaiki angkasa disana. Namun itulah nama. Hiasilah nama anda walau ianya amat berbeza dengan identiti anda.

Sedang menghirup sup yang panas. Bersama Mat yang leka dibuai mimpi bihun sup. Hujan yang turun renyai-renyai buatkan hati bertambah dibuai. Adakah ini tandanya daku mula berhati jiwang.



Tiba-tiba datang seorang pemuda. Rambut serba belah tengah. Dengan gaya yang agak skema bagiku jika dibandingkan dengan zaman 'stylo'nya anak muda kini. Baju tertulis "Girlfriend Wanted". Seluar jeans berkaki kecil. Kasut Converse. Baru ku teringat..ini fesyen Jaguh Lebuh Raya. Sudah mungkin tidak layak baginya berada di Red Carpet ABPBH..Namun apa ada pada baju, andai jiwa seindah berlian.. Asalkan dalam hati ada taman...

Amir ( bkn nama sebenar ) : Assalamualaikum Ustaz kita..

Aku   : Waalaikumsalam orang muda kita..apa cer...dari mana hendak kemana..

Amir  : Dari bandar hendak ke muara...hehe..

Aku   : meh duduk-duduk minum dulu...order apa yang patut.

Amir  : Ustaz ada apa kat sini. Rindu bihun sup ka..

Aku   : Saja dah lama tak pekena bihun sup...Nama apa tak tau..

Amir  : Amir..Saya sekarang dok kerja di Mid Valley ustaz. Kerja Restoran. Dak ustaz...saya sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah sangat dah.

Aku   : Apa dia cek...belum masuk gear satu berkenalan ko dah bawak mai problem..kotla nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangatka problem tu..

Amir  : Masa itu golden ustaz..straigh to the point..Tak la besar sangat ustaz, tapi tiap malam kita tak boleh tidoq. Ni Rahsia Pohon Cemara punya kisah..Ini kes putus cinta ustaz!!! Awek saya dah takmau kat saya...dia nak kat orang lain..Mahligaimu Dari Airmataku ustaz..nyanyian Kumpulan Lestari.

Aku   : Aik...muka sikit punya brutal pun pasang awek ka...Dahsat..

Amir  : Ustaz jangan perli saya..tapi nak buat camana, dah tak boleh nak elak. Moto boleh pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..

Aku   : Betol2..sapa yang tak sedih kalau clash..Brutal-brutal jugak..tapi main dengan cinta Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..

Amir  : Ntahla ustaz..hari tu saya tak dak kredit. Tetiba sahaja dia cakap saya ni tak respon sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama Berdarah Kembali ustaz..

Aku   : La...takkan sebab tu saja..manala nak tau dia tak angkat sebab dia buat-buat merajuk main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam Spider.."Relaku Pujuk"..

Amir  : Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia..Pujuk mender nya ustaz..tup tap tup tap dia dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..

Aku   : Isy2..belum habis tempoh iddah dia dah cari 'balak' baru. Yang ko pun satu..Dah takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..

Amir  : tak boleh la ustaz..Hati ni tak boleh pi la..dok teringat kat dier jer..walaupun dier siap naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..


Aku   : Tu la ko...naper tak tukar pakai keta..pakai baju style2 skit..Dah dia buat cenggitu kat ko, masih lagi boleh tunggu. Kalau ustaz, dah lama tinggalkan awek gitu. Banyak lagi cikaro kat luar sana. Ko tak rasa macam diperbodohkan ker...walaupun ko tu budak U, namun ustaz tengok ko ni senang-senang jer kena tipu dengan GF ko tuh...Tak payah la suka dekat dier lagi..Nanti ko mesti dapat yang lebih baik dari dier.

Amir  : Saya ni dah tahap tak boleh pikir lagi ustaz. Masalah negara boleh lagi nak handle. Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya. Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..

Aku   : Ya Allah...dah terang lagi jelas dia buat ko macam tu, ko nak lagi dekat dier...Ko tau tak, yg dia cakap ko tak balas sms dier tuh hanya sekadar alasan jer. Dia nak cakap ko yang salah dalam Hubungan nih. Padahal dia yang dah ada BF baru. Dia cari alasan lain nak cover. Perempuan ni dia pantang digelar 'curang'. Kalau dia dah berkenan dengan orang lain pun dia tetap akan setia dengan BF lama. Sebab bagi  perempuan, curang tuh dikira jahat habis..tapi kes ko ni dah terbalik..

Amir  : Saya paham tuh memang alasan tak logik. Dia saja nak putuskan hubungan dengan saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu sayangkan dier..

Aku   : ya rabbi..Lupakan saja dia tu. Selalunya lelaki yang curang...Ni terbalik pulak..perempuan yang curang...mana boleh..Pantang lelaki dicurangi...Sia-sia ko pakai kasut converse..kalau ustaz, dah lama kasut tu melekat di wajah GF ko...hahah ( Aku sengaja membakar semangat..)

Amir  : Kalau dah hati tak boleh lupa macamana ustaz...bagi la ayat al-Quran yang boleh saya lupakan ex GF saya ustaz..

Aku   : Dalam al-Quran tak dak ayat khusus untuk lupakan si Aweks.. Namun ayat seluruh ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan kita melupakan Cinta yang lain selain cinta ilahi...

Amir   : Ok2 ustaz..saya cuba..tapi...Erkk...kalau dah cuba tak boleh jugak ustaz...caner..ada tips lagi dak?

Aku    : Kalau ko tak boleh lupa jugak..ko pegi ketuk Pakwe awek ko tu dengan batu besar, lepas tuh ko bunuh Pakwe dia...pastu ko kena tangkap..ko masuk penjara. Last sekali ko mintak dekat warder penjara ko tu, nak buat permintaan terakhir... Ko pinjam kat diorang radio, kaset dan gitar...Last skali ko rakam nyanyian terakhir untuk bekas GF ko...Nyanyian Dalam Penjara..."Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu...Akhirnya Kau Menjadi Milkku..."...habis cerita..



            Kisah pertemuan Amir dan Aku sangat panjang. Kisah suka duka nya dikongsi bersama. Puas aku penat menasihati. Jawapan yang sama..."Saya tak boleh lupakan si dia"..

           Macam inikah kisah cinta? Kawan-kawan kat luar sana. Si pembaca semua....nak tanya korang nih. Betulkah macam ni punya teruk orang yang putus cinta?...Betulkah lelaki jugak boleh jadi kurang siuman bila ditinggalkan awek mereka?

Lagu 'Butakah Cinta' nyanyian Spring itu tak memberi peringatan kepada kita ker? Sengaja nak tanya geng rock leleh diluar sana. Kot-kotla korang ada kisah ditinggalkan cikaro..jomla kongsi perasaan..

Cer citer...cer citer..

Sunday, 17 April 2011

siapa ku di hatimu!

Bercanda dan bermesra.. Sayang menyanyangi.. usik-mngusik antara satu sama lain adalah agenda sehari-harian.
Ape yg aku lakukan ade saje yg tak kene.. Ape yg aku lakukan ade saje yg mngingatkan aku pade kau.. Itu kau,ini pon kau..
 Melihatkan cara kau melayani aku, sayang itu ade. Aku pasti!
Haruskah kita membiarkan sayang itu berlalu langsung pudar dari jiwa?? Sedih aku bila mngenangkan..Ape yg terjadi kini, bukan yg aku impikan.. Tapi aku tabahkan juga hati ini..
Sayang..
Aku tahu kau tak ingin begini tapi knape kau sanggup lakukannya? Betapa hatiku sakit menahan..Tak seorang pun yg memahami hati dan perasaan aku..
Kerana cinta kan kau,aku jadi begini.. kerana sayangkan kau jugak aku telan semua.. Betapa hebatnya kau di hati aku kan?
Kenape kau tak pernah pikirkan aku?? Kenape kau tak pernah pikir perasaan aku??
Aku sedar siape aku di hati kau..
Layakkah aku mmpersoalkan dgn siape kau berdamping? Layakkah aku berase cemburu apabila melihat kau bersama org lain?? Layakkah aku?? Makanya aku hanye mampu mengetap bibir menahan perasaan.. Membisu…
Kerana aku sedar siape aku di hati kau…
Aku harap suatu hari kau akan mengerti siape aku di hati kau.. Apabila hilangnya aku dari hidup kau barangkali…..


Kerana sayangkan kau, aku jadi begini.

Wednesday, 13 April 2011

oh patah hati!

Kemarin aku dengar kata yang menyakitkan
kata darimu yang ku sayang
pecahkan hatiku yang mencintaimu

Mungkin cinta itu harus lama mengenal
sedangkan aku terlalu cepat
sama cepatnya dengan bayangmu yg masuk dalam hatiku

Kini entah harus aku bayanganmu itu ?
aku lupakan atau ku biarkan tetap tinggal

Semoga gelap malam segera bisa mengajariku doa melupakan rasa itu, agar detak jantungku normal di hadapmu ta’ lagi bergemuruh agar bibirku ta’ lg kelu menyapamu

ajari aku menjadikanmu biasa !

Tuesday, 12 April 2011

cinta datang dan pergi =_="

Cinta Datang dan Pergi

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.
Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.
Ada saat di dalam kehidupanmu dimana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahwa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang
ingin kamu mimpikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai dengan keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kamu inginkan.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahwa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata yang ceroboh dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar bisa membuat
celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita. Dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka.
Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis,mereka yangterluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Mereka hanya bisa menghargai orang-orang yang penting
yang telah menyentuh hidup mereka Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis..."

cinta atau suka?

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.



Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

P/S : Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

cinta tanpa sedar

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ? Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan


Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”, akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”, akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ” Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita Atau kerana ia tidak mempedulikan kita Melainkan saat kita menyedari bahawa orang itu Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang, Jangan dengan mudah kita melepaskannya.. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari..

Wednesday, 6 April 2011

kental lah wahai hati ku !

hati orang & hati sendiri

kite slalu dengar ayat ni kan. "kalau asyik nak jage hati orang je, sape nak jage hati kite?" yg ni satu. gn yg lagi satu ni haa. "sgt susah kalau nak puas kan hati sume orang". mmg betul pun sume ni kan. kite *xtau la kalau sume org same cam aku* kalau boleh nak jage hati sume orang. nak puas kan hati sume orang. kalau boleh xnak ade sape2 pun sakit hati gn kite. kite pikir pasal sume consequences yg boleh terjadi kalau kite buat sesuatu bende yg melibat kan org lain. kalau boleh kite xnak ade sape2 yg sakit hati gn tindakan kite tu. tp ape jadi kalau org salah anggap gn sume tindakan kite? ape jadi kalau orang tuduh kite buat bende yg kite x buat? ape jadi kalau hati kite terluke pade mase kite berusaha untuk jage hati org lain??? kite korban kan hati kite, biar hati kite terluke, asal kan hati orang lain terjage, asalkan org lain senang hati. is that the right thing to do? sakit sbb orang lain. hmm.... baik nye lah sape yg sanggup jadi mcm tu kan. sanggup sakit sendiri asal kan org lain bahagia. tp mampu ke aku nak jadi mcm tu? aku cube untuk jage hati semua, abai kan hati sendiri tp aku rase aku x cukup kuat utk terus mengabaikan hati sendiri. pade mase yg same, aku pun x cukup kuat nak melawan org lain. rase x sampai hati nak luke kan hati org lain. haihh susah la kalau mcm ni. kental lah wahai hati jgn lah kau senang & cepat terluke. huhu :)

BEING OPTIMIST IS THE BEST WAY
sentiasa bersangka baik :)

Tuesday, 5 April 2011

Assalamualaikum...




Pagi ni dengan hati yang sangat tawaduk,aku rasa na kongsi satu cerita dengan korang..Terasalah sangat kerdil diri aku ni..Semakin alpa dan semakin leka dengan mainan dunia..Ya Allah,maafkan aku..Sebagai hamba,aku sangat lemah dengan segala dugaan dan cubaan yang Engkau berikan....


Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang hambanya tidak berdaya..


 Wahai hati,kenapa engkau sentiasa mencemburui pasangan lain yang belum tentunya dapat bersama dunia akhirat...Ya Allah,sesungguhnya perasaan menyayangi dan disayangi itu adalah satu fitrah yang sangat istimewa..Tidak terkecuali juga kepada diri aku..Tapi kenapa Ya Allah,penantian dan perpisahan itu sangat menyakitkan..? Kenapa mesti cemburu buta menguasai hati?? Kenapa Ya Allah.adakah kerana aku leka,aku telah mengabaikan suruhanMu..Ampunkan aku Ya Allah,sesungguhnya,aku sentiasa perlukan bimbingan dariMu . . . . .


Jika dia benar milikku,dekatkanlah hatiku dengan hatinya..Jika dia bukan milikku,damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..




  Sesungguhnya cinta Allah cinta Abadi . . .


Aku ada baca blog islamic nieh..Sumpah kata aku terasa sangat jahil..Tapi aku tanak jadi hipokrit..Aku na jadi diri sendiri,kerana ma selalu pesan apa yang kita lakukan berdasarkan niat kita..Jika baik niat kita,baiklah jadinya,sekiranya buruk niat itu,maka buruklah perlakuan kita..Ma,along terasa perlukan nasihat dari ma..Ma selalu kata kan,..''Belaja dulula along,kalau ada jodoh,adalah..Kalow takder,mesti Allah da sediakan yang terbaik untuk kita..''..


Along kata na bawak ma ngan ayah pergi haji..Nnati bila da berjaya jangan lupa janji tuh..Ma sentiasa berharap kalow along dapat bantu keluarga dan buktikan kat orang yang pernah pandang rendah pada kita yang kita pun boleh berjaya...


Tapi kenapa along degil ya ma?? Ta cukup lagi ke kasih sayang yang ma ngan ayah bagi kat along sampai along mengharapkan cinta dan sayang daripada seorang pmpuan??  Betullah ma,cikgu along pun ada pesan kat along dulu...


If you love somebody,let him go..If she/He comes back to you,it yours..If not,it does not meant to be together..


Insyaallah ma,ayah..Along takan lupa janji yang pernah along lafazkan dulu...Sememangnya insan yang amat along cinta hanya layak untuk ma,ayah ngan adik..Tapi kan ma,kalow rasa along down sangat pasal pmpuan,boleh ta ma selalu ada bagi along semangat..Taklah along rasa along keseorangan..Hurm..





..Its really hard hit when the past is always on our mind..Semakin kita jauh,semakin ia dekat..Apabila kita mengejar lantas ia menjauhkan diri..Be strong..Only you know yourself..


Okeh,aku tau entry kali ni mesti korang terkejutkan..Biasalah,bila dah bermuhasabah diri..Insyaallah,aku akan berubah ke arah yang lebih baik..Hengat aku rock,jiwa aku rock jugak ker..???You get me wrong with that statement okeh..! ! Know me better first,then only you can understand me perfectly.. Dont worry,aku ta hipokrit,aku still dengan stail aku yang gila-gila cap kaki kuda..Walaupun kuda ta hengen cap kakinya kat status aku..Ngahahah..May Allah bless me,bless my lovely family and bless all of you my dear friends..Salam..


ChOtChAt:


  1. Kenapakah.mengapakah dan apakah yang menyebabkan aku down nieh??(haruslah..hahah)
  2. May Allah bless 'dia'..Aku cuma na dia tau,aku ta pernah lupa kat dia . .
  3. i always love you 'D'